Tuesday, January 25, 2011

Perodua Myvi baru dilancarkan April 2011?

"Usia Perodua Myvi sudah masuk tahun yang ke 5 sejak Mei 2005. Jika Myvi adalah keluaran Proton, sudah tentu penggantinya hanya akan muncul paling awal pada tahun 2015. Itu adalah kenyataan jika melihat kepada trend pengeluaran model kereta terbaru dari Proton. Tetapi Perodua Myvi adalah keluaran Perodua, sebuah syarikat automotif tempatan yang berasal-usul daripada syarikat automotif Jepun iaitu Daihatsu, di mana kebanyakan saham Daihatsu kini dipegang oleh syarikat Toyota.
Daihatsu Boon 2010 300x142  Perodua Myvi baru dilancarkan April 2011?
Daihatsu Boon 2010 300x148  Perodua Myvi baru dilancarkan April 2011?
Adakah Daihatsu dan Toyota akan mengikuti trend seperti mana yang dilakukan Proton hanya kerana Perodua adalah syarikat automotif tempatan? Sudah tentu tidak dan kini ura-ura bahawa Perodua akan mengeluarkan model terbaru bagi menggantikan Perodua Myvi, model tempatan terlaris selama 5 tahun berturut-turut sedang rancak dibincangkan oleh peminat-peminat dunia automotif, khususnya di dalam website dan blog permotoran tempatan.
Jika pengeluaran Perodua Alza boleh dijangka dan diketahui lebih awal hanya kerana Daihatsu mengeluarkan model yang sama di Jepun dengan nama Daihatsu Boon Luminas, dan kemudiannya Toyota dengan nama Toyota Passo Sette, Perodua Myvi baru pula dijangka akan muncul di pasaran tempatan kerana Daihatsu telah mengeluarkan model terbaru Daihatsu Boon dan Toyota dengan Toyota Passo generasi kedua di Jepun.
Perodua Myvi baru dijangka akan dilancarkan pada April 2011 atau selewat-lewatnya pada pertengahan tahun yang sama. Seperti dijangkakan banyak pihak, Perodua Myvi baru adalah model yang sama dengan Daihatsu Boon dan Toyota Passo terbaru di Jepun, cuma model rebadge tersebut akan menampilkan beberapa perubahan seperti kelaziman untuk sesebuah model yang dipasarkan di sini.
Selain itu antara yang menarik perhatian ialah Perodua Myvi baru dikatakan akan memiliki enjin baru berkapasiti 1.5 liter, mungkinkah enjin yang sama ketika ini digunakan pada Perodua Alza? Kemungkinan besar varian Myvi terbaru dengan enjin 1.5 liter adalah bagi versi highline disamping enjin 1.3 liter untuk model medium line.

Peningkatan jumlah kereta akan menyebabkan kesesakan di jalan-jalan. Alam sekitar juga akan turut tercemar dengan penghasilan lebih bayak gas2 yang merbahaya. Namun permintaan terhadap kenderaan sekarang menghalang pengawalan pengeluaran kereta. Inisiatif seperti penghasilan kenderaan mesra alam adalah jalan terbaik bagi mengawak masalah pencemaran air. Bersama-samalah kita renungkan.

Monday, January 24, 2011

Adab berkawan

Kata orang kawan biar beribu, berkasih biar satu....tapi bila beribu kawan maka beribu masalah pula yang akan timbul. manusia ni rambut je sama hitam tapi hati lain2. bayangkan tidak semua yang kita lakukan akan memenuhi hati semua orang.akan adalah yang berpuas hati.namun tidak kurang pula yang berkecil hati malahan ada juga yang penuh dengan hasad dengki.
Kenyataan ini bukan bertujuan untuk memburukan sesiapa. namun hanya untuk menyatakan  kebenaran yang berlaku pada masa kini. adab berkawan ini biarlah berkawan sampai ke liang lahad. yang baik sama2 kita ikuti dan dekati. tapi yang buruk sama2lah kita jauhi dan cegah agar tidak berlaku kemudaratan di lain hari.
InsyaAllah coretan ini akn bersambung di kemudian hari.

Wednesday, September 1, 2010

Pengenalan

Sebagai orang baru di blog ini rasanya tidak elokla saya bercakap panjang. Salam perkenalan saya tujukan untuk semua. Diharapkan kita sama-sama mendapat keberkatan dari Allah S.W.T. Tujuan saya menulis blog ini adalah untuk sama-sama berkongsi idea atau pendapat. Jika ada salah dan silap di harapkan dapat diberi sedikit tunjuk ajar.