"Usia Perodua Myvi sudah masuk tahun yang ke 5 sejak Mei 2005. Jika Myvi adalah keluaran Proton, sudah tentu penggantinya hanya akan muncul paling awal pada tahun 2015. Itu adalah kenyataan jika melihat kepada trend pengeluaran model kereta terbaru dari Proton. Tetapi Perodua Myvi adalah keluaran Perodua, sebuah syarikat automotif tempatan yang berasal-usul daripada syarikat automotif Jepun iaitu Daihatsu, di mana kebanyakan saham Daihatsu kini dipegang oleh syarikat Toyota.
Adakah Daihatsu dan Toyota akan mengikuti trend seperti mana yang dilakukan Proton hanya kerana Perodua adalah syarikat automotif tempatan? Sudah tentu tidak dan kini ura-ura bahawa Perodua akan mengeluarkan model terbaru bagi menggantikan Perodua Myvi, model tempatan terlaris selama 5 tahun berturut-turut sedang rancak dibincangkan oleh peminat-peminat dunia automotif, khususnya di dalam website dan blog permotoran tempatan.
Jika pengeluaran Perodua Alza boleh dijangka dan diketahui lebih awal hanya kerana Daihatsu mengeluarkan model yang sama di Jepun dengan nama Daihatsu Boon Luminas, dan kemudiannya Toyota dengan nama Toyota Passo Sette, Perodua Myvi baru pula dijangka akan muncul di pasaran tempatan kerana Daihatsu telah mengeluarkan model terbaru Daihatsu Boon dan Toyota dengan Toyota Passo generasi kedua di Jepun.
Perodua Myvi baru dijangka akan dilancarkan pada April 2011 atau selewat-lewatnya pada pertengahan tahun yang sama. Seperti dijangkakan banyak pihak, Perodua Myvi baru adalah model yang sama dengan Daihatsu Boon dan Toyota Passo terbaru di Jepun, cuma model rebadge tersebut akan menampilkan beberapa perubahan seperti kelaziman untuk sesebuah model yang dipasarkan di sini.
Selain itu antara yang menarik perhatian ialah Perodua Myvi baru dikatakan akan memiliki enjin baru berkapasiti 1.5 liter, mungkinkah enjin yang sama ketika ini digunakan pada Perodua Alza? Kemungkinan besar varian Myvi terbaru dengan enjin 1.5 liter adalah bagi versi highline disamping enjin 1.3 liter untuk model medium line.
Peningkatan jumlah kereta akan menyebabkan kesesakan di jalan-jalan. Alam sekitar juga akan turut tercemar dengan penghasilan lebih bayak gas2 yang merbahaya. Namun permintaan terhadap kenderaan sekarang menghalang pengawalan pengeluaran kereta. Inisiatif seperti penghasilan kenderaan mesra alam adalah jalan terbaik bagi mengawak masalah pencemaran air. Bersama-samalah kita renungkan.
Peningkatan jumlah kereta akan menyebabkan kesesakan di jalan-jalan. Alam sekitar juga akan turut tercemar dengan penghasilan lebih bayak gas2 yang merbahaya. Namun permintaan terhadap kenderaan sekarang menghalang pengawalan pengeluaran kereta. Inisiatif seperti penghasilan kenderaan mesra alam adalah jalan terbaik bagi mengawak masalah pencemaran air. Bersama-samalah kita renungkan.
No comments:
Post a Comment